Sunday, December 31, 2017

Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun hingga terkoyak


Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun|Kanak-kanak perempuan yang mengadu sakit pada kemaluannya ketika membuang air kecil membawa kepada pendedahan dirinya menjadi mangsa cabul.

Mangsa yang berusia empat tahun itu dipercayai dicabul lelaki Vietnam yang bekerja dengan bapanya dalam industri laut dalam.

Semuanya terbongkar selepas ibu mangsa berusia 33 tahun curiga selepas anaknya mendakwa sakit pada kemaluan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan, berkata mangsa mendakwa pekerja bapanya itu memasukkan ‘sampah’ ke dalam kemaluannya sebelum itu.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis, pada kira-kira 3 pagi, hari ini.

Katanya, polis kemudian lapan suspek berusia 19 hingga 47 tahun ditahan di rumah berkenaan dua jam kemudian.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama semua suspek antara 3-5 petang semalam, kerana bapa dan ibunya pergi ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui visa pekerja berkenaan.

“Semua suspek bekerja dalam industri laut dalam yang diusahakan bapa mangsa dan menetap sementara bersama mereka di rumah nenek mangsa,” katanya di Kuching, hari ini.

Aidil berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut namun keputusan masih belum diperoleh setakat ini.

Katanya, mangsa juga masih belum dapat mengenal pasti suspek yang didakwa memasukkan sesuatu pada kemaluannya hingga terkoyak.

“Semua suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Bajet 2018 bajet rasuah perosak negara Najib Razak - Tun Mahathir


Selamat datang ke channel videoviral. Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup untuk tontonan anda.

Jika anda ingin terus menonton video sila scroll ke bahagian bawah.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya sila tonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan sila berhubung dengan admin laman web ini.

Video di dalam web ini adalah untuk hiburan semata mata.Sila scroll ke bawah untuk melihat video penuh mengenai kisah ini.
Terima kasih kerana sudi menonton.

Sila scroll ke bawah untuk melihat video nya.

Jangan lupa like fan page kami di bawah.Terima kasih.


Plaza Tol Bukit Kayu Hitam pindah ke lokasi baru mulai 1 November 2017

PEMANSUHAN Tol Bukit Kayu Hitam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 menjadi pertikaian ramai selepas tersebarnya "banner" yang memaklumkan bahawa Plaza Tol berkenaan akan berpindah operasinya ke lokasi baru.

"Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan mula beroperasi di lokasi baharu pada jam 6:00 pagi, 1 November 2017," tertulis pada kain rentang itu, yang turut memaparkan logo Kerajaan Malaysia dan syarikat lebuhraya PLUS.



Apa yang dapat kita fahami dari makluman kain rentang tersebut ialah, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam tidak dimansuhkan seperti yang diumumkan oleh PM, sebaliknya hanya dipindahkan ke lokasi lain.


Kalau kita lihat dari pengumuman Najib tempohari, pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Tapi belum pun sampai tarikh tersebut, nampaknya operasi tol berkenaan sudah dipindahkan ke lokasi baharu bermula pada 1 November 2017.

Adakah pada tarikh 1 Januari 2018 nanti, tol di lokasi baru ini  yang akan dimansuhkan?

Jika tidak, maknanya pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam hanyalah sekadar taktik menipu rakyat, kerana ia sebenarnya tidak dimansuh, melainkan diubah sahaja tempat operasinya kerana lokasi lama mungkin tidak mendatangkan untung.

Ada Yang Ganjil, Selepas Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula

Ada Yang Ganjil, Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula|Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


“Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB.

“Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.



Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah.

Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

“Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah.

“Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.

Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Suspek pukul RELA rupanya dapat anugerah "Datuk Seri" dari Indonesia


SEBAIK sahaja lelaki bergelar "datuk seri" yang didakwa memukul 3 orang anggota RELA tempoh hari menyerah diri di Balai Polis Ampang Jaya hari ini, identitinya mula terbongkar.

Pendedahan wajah suspek itu sekaligus membolehkan orang ramai membuat carian berkenaan dirinya di media sosial dan sumber-sumber lain di internet.

Perkara itu membawa kepada penemuan satu poster yang menunjukkan gambar dikatakan suspek sedang menerima anugerah "datuk seri" dari salah satu Kesultanan di Indonesia.

Di bawah ini poster yang dimaksudkan.



Oleh kerana poster berkenaan ditulis dalam tulisan cina, maka salah seorang sahabat berbangsa tionghua telah menterjemahnya ke dalam bahasa Melayu.

Tulisan tersebut dikatakan bermaksud seperti berikut

"Sultan "Kumalaandi" ke 37 dari negeri "Gowa" Sulawesi Selatan, mengurniakan Datuk "Liao Shun Xi" sebagai Putera Raja ke 37 Kerajaan Sulawesi Selatan," tulis Ming Sau yang membantu penterjemahan tulisan tersebut.



Hasil semakan di internet mendapati, Raja Kumala Andi memang wujud, atau nama sebenarnya Andi Kumala Andi Idjo, yang disebut sebagai Raja Goa, Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia (Raja Bugis).

Sebelum ini Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) dilapor mencadangkan supaya Anugerah dan darjah kebesaran yang diberikan kepada seseorang individu ditarik balik jika mereka terbabit dalam kes jenayah.

Maka, jika anugerah datuk yang diterima oleh suspek kes pukul anggota RELA ini mahu ditarik balik, perlulah menghubungi Raja Bugis di Indonesia, kerana anugerah ini nampaknya tiada kaitan dengan Sultan-sultan di Malaysia.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/suspek-pukul-rela-rupanya-dapat.html#ixzz4x2ttlHHF

Saturday, December 30, 2017

Adakah Ini Wajah Sebenar Datuk Seri Umur 19 Tahun tendang kepala anggota RELA



BERDASARKAN rakaman kamera litar tertutup, CCTV — Lelaki yang mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" dilihat menendang ke arah kepala salah seorang anggota RELA yang bertugas.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


Baca Juga - Dapat Gelaran Dato Di Usia 19? Ramai Tak Puas Hati

Kalau dilihat, cara dan paras ketinggian kakinya "Datuk Seri" di dalam video CCTV itu menendang ke arah kepala anggota RELA terbabit.



Semalam, media tempatan melaporkan sidang media 3 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya.


Anggota RELA berkenaan beberapa kali menyuruh bodyguard (pengawal peribadi) "Datuk Seri" tersebut untuk mengalihkan kereta namun dia enggan berbuat demikian.

"Kami beritahu pengawal peribadinya, untuk alihkan kereta. Selepas beberapa kali menyuruhnya, dia masih tidak mengalihkan keretanya," kata Melvin Cheong, salah seorang anggota RELA yang kena pukul.

"Dia (pengawal peribadi) kata nak tunggu boss. Mungkin kerana kami tinggikan suara, "Datuk Seri" itu rasa tak senang. Dia marah kami kerana naikkan suara bercakap dengan orang lebih tua. Dia kemudian menampar saya,"

"Seorang rakan RELA saya datang dan Datuk Seri itu menyuruh dia mengajar saya. Katanya kalau dia tak nak buat begitu, dia sendiri akan buat lalu terus memukulnya,"

"Apabila seorang lagi anggota RELA datang, 'Datuk Seri' itu memberitahunya jangan hanya tercegat, dan kemudian menendang rusuknya," katanya.


Identiti "Datuk Seri" itu sudah dikenal pasti

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ASP Fadzil Ahmad dilaporkan memberitahu bahawa Datuk Seri itu berumur 29 tahun.

Beliau meminta lelaki berkenaan untuk menyerah diri. Tambahnya lagi kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan — Menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan — Sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan kaedah atau senjata berbahaya.


Dapat Gelaran Dato Di Usia 19? Ramai Tak Puas Hati


SETIAP tahun, begitu ramai rakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputeraan masing- masing.

Bukannya mudah untuk mendapat gelaran Dato’ atau Datuk ini, setiap daripadanya perlu melalui proses penilaian dari pihak istana dan kebiasaan, ia diberikan kepada individu-individu yang mempunyai jasa kepada negara ataupun kepada negeri.

Namun, gambar seorang pemuda yang dipercayai berusia 19 tahun menerima anugerah darjah kebesaran telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Menurut pemuat naik gambar, dia menyatakan pemuda berkenaan baru berusia ‘setahun jagung’ namun telah menerima darjah kebesaran Dato.

“Kes macam ini yang buat orang tersenyum bila jumpa orang bergelar Dato’…19 tahun…apa sajalah jasanya agaknya ya?” soalnya.

d3

Pemuda berkenaan yang dilihat berada di ruang legar istana menggenakan pakaian seragam istiadat beserta jam tangan mewah Richard Mille.

Rata-rata netizen mempersoal kewajaran pangkat berkenaan diberikan kepada pemuda berusia 19 tahun itu yang turut disusuli dengan persoalan “Sultan mana bagi pangkat Dato ni?”

Jika diikutkan, baru sahaja berlangsung dua hari lepas majlis menerima darjah kebesaran bersempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-78 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan salah seorang daripada 923 penerima darjah di majlis tersebut.

Apa pun, dengan usia yang semua itu apa lah jasa yang dilakukan sehingga mendapat gelaran tersebut.

Bukan hendak mempertikan keputusan istana namun bagi kami, gelaran Datuk atau Dato’ ini selayaknya diberikan buat individu yang berumur 35 tahun keatas.

Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita iktiraf golongan ini. Biarlah mereka menjalani perti getir hidup ini dan kemudian sesudah menjangkau umur yang sewajarnya, bolehlah dikurniakan pangkat berkenaan.

Biarpun kami tidak mempunya kuasa, apa kata kerajaan menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.

Lelaki terima cabaran lawat tapak pembinaan rumah Boy Iman



SEORANG lelaki yang difahamkan tinggal berdekatan salah satu tapak pembinaan rumah murah Boy Iman, menyahut cabaran bekas pelakon itu dengan melakukan "site visit" ke lokasi berkenaan.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Khairul Ezuan menerbitkan siaran langsung lawatannya ke lokasi itu di Jalan Tok Sulaiman, Jeram, Selangor menerusi laman Facebook miliknya.

Dari rakaman video tersebut kelihatan struktur binaan berbentuk empat segi dengan sedikit tinggalan longgokkan pasir, dan dipenuhi lalang di sekitar kawasan itu. Saling tak ubah seperti binaan terbengkalai.

tapak rumah boy iman

"Macam mana dia boleh tunjukkan rumah dengan penuh lalang dekat sini, dan tak ada apa-apa nampak progres pembinaan dekat sini, macam rumah terbengkalai" kata Khairul Ezuan dalam rakaman itu.

Difahamkan Boy Iman telah mengutip duit daripada 200 orang dan mendakwa telah membina 100 rumah, namun apa yang menghairankan tapak yang kelihatan seperti binaan terbengkalai ini yang dijadikan rujukan kepada orang ramai.

"Dia (Boy Iman) kata dah collect (duit) dekat 200 orang, dia kata ada 100 tapak yang dia dah buat, tapi tapak ini juga yang dia pergi tunjuk," katanya.

Bagaimanapun lantaran bimbang dituduh menceroboh, Khairul memilih untuk meninjau tapak berkenaan hanya dari kawasan luar.

Di bawah ini video siaran langsung berkenaan.




Pelajar Wanita Sengaja Tayang “Aset” Pada Cikgu.Gambar No 4 Tu Memang Keterlaluan!

Sekarang ini ada pelajar sekolah yg cuba tayang “aset” mereka dengan sengaja.Macam-macam perangai budak muda sekarang ni.Dalam hal seperti ini, semua pihak perlu mainkan peranan dalam menyekat gejala ini berlaku.

Mungkin Ibu bapa dan juga pihak yang sepatutnya memantau pemakaian pelajar-pelajar sekolah dalam usaha mengelakkan perkara seperti ini berulang. Jelas sekali perkara ini amat membimbangkan kerana usia mereka yang masih muda.
Berikut antara contoh gambar pelajar yang cuba tayang “aset” mereka.



4 sebab mengapa "Tiger Zero" halal di minum – Ustaz Fathul Bari


SEBELUM ini umat Islam pernah digemparkan dengan penghasilan ‘bir halal’ daripada sebuah syarikat antarbangsa susulan satu pameran produk halal di ibu negara suatu masa dahulu.

Ia menjadi tular ketika itu kerana bentuk botol pada produk tersebut menyerupai bir biasa yang berada di pasaran sekali gus menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan umat Islam tempatan mengenai statusnya.
Isu itu berjaya ‘dimatikan’ apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa tiada sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk minuman ‘bir halal’.
Ini termasuk mana-mana produk pengguna yang didapati sengaja menggunakan nama menyerupai atau dikaitkan dengan perkara jelas hukumnya memang haram tetapi dijenamakan semula konon sebagai sudah halal.
Jelas beliau lagi, penggunaan nama ‘bir halal’ adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Standard Malaysia yang jadi rujukan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri dalam urusan sijil halal.
Bagaimanapun pada kali ini, umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan produk yang sudah jelas dikeluarkan oleh sebuah syarikat arak terkenal di Asia, Tiger tetapi mendakwa kononnya minuman itu sebagai sifar alkohol.
Menurut pendakwah terkenal, Fathul Bari Mat Jahya dalam catatan menerusi laman Twitter miliknya, [1]minuman itu adalah halal diminum kerana ramuan pada label tin menyatakan ia tidak mengandungi sebarang alkohol.
Dalam pada itu, anak bekas Mufti Perlis tersebut memberi gambaran bahawa isu berkenaan timbul ekoran namanya kebetulan sama dengan syarikat arak seperti rujukan terhadap nama binatang yang haram iaitu babi dan anjing.
Justeru, walaupun haiwan itu namanya memang adalah haram seperti babi laut atau anjing laut, namun ia tidak pula merujuk sama seperti ‘babi’ sebenar daripada sudut sifat zatnya.
Malah, hujah pendakwah itu turut disokong pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri [2] mengatakan sesuatu minuman yang mengandungi alkohol kurang daripada 0.5 peratus adalah dibenarkan.
Kenyataan mufti itu dirujuk menerusi hujah tokoh Islam kontemporari terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi yang pernah [3] mengatakan bahawa penggunaan kandungan alkohol hanya sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan.
[4] Selain itu, Zulkifli merujuk kepada kenyataan Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1988 mengenai isu kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya;
1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
2. Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.
Namun, pandangan ustaz, mufti dan ulama tersohor tersebut masih lagi dipertikaikan oleh ramai netizen yang dikatakan meragui terhadap cara penghasilan produk berkenaan pula.
Ada pihak mendakwa, sekiranya produk itu dihasilkan daripada bangunan yang sama satu bumbung mengeluarkan barangan haram, maka secara tidak langsung statusnya juga adalah tidak halal.
Malah lebih jelas, produk kontroversi sifar alkohol berkenaan pula secara terang langsung tidak memaparkan sebarang logo rasmi halal keluaran Jakim pada tin minuman tersebut.
Setakat ini, pihak Jakim dilihat masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan minuman yang dikatakan sebagai bebas alkohol itu.
Namun secara umumnya mengikut sudut Fiqah, jika seseorang Muslim itu berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, maka lebih afdal untuk terus meninggalkannya.
Hal ini kerana bimbang ia menjadi perkara syubhah yakni samar-samar antara yang halal dan haram.
.
Jika bahan-bahan untuk fermentasi berasal dari biji-bijian seperti gandum dan cereal lainnya, maka bahan tersebut harus di rendam dalam air (soaking) hingga berkecambah , direbus, diproses menjadi mash dan dipanaskan. Disamping penggunaan mikroorganisme pada proses fermentasi, kondisi optimal fermentasi harus dijaga seperti masalah aerasi, pH, suhu dan lain-lain. Beberapa pengelompokan minuman keras adalah sebagai berikut :
No
Nama
Bahan Baku
Kadar Alkohol (%)
Proof (2x % ethanol (v/v))
1
Beer
Barley, Gandum
5
10
2
Anggur
Buah anggur atau jenis lainnya
12
20-24
3
Brandy
Anggur yang didestilasi
40-45
80-90
4
Whisky
Barley,jagung dan lainnya
45-55
90-100
5
Rum
Tetes tebu
45
90
6
Vodka
Kentang
40-50
80-100
.Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM & Media Panas

Rakaman CCTV tunjuk Wajah Sebenar Datuk Seri tendang kepala anggota RELA



BERDASARKAN rakaman kamera litar tertutup, CCTV — Lelaki yang mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" dilihat menendang ke arah kepala salah seorang anggota RELA yang bertugas.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kalau dilihat, cara dan paras ketinggian kakinya "Datuk Seri" di dalam video CCTV itu menendang ke arah kepala anggota RELA terbabit.



Semalam, media tempatan melaporkan sidang media 3 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya.

BACA — Tiga anggota RELA dakwa kena pukul dengan seorang "Datuk Seri"

Anggota RELA berkenaan beberapa kali menyuruh bodyguard (pengawal peribadi) "Datuk Seri" tersebut untuk mengalihkan kereta namun dia enggan berbuat demikian.

"Kami beritahu pengawal peribadinya, untuk alihkan kereta. Selepas beberapa kali menyuruhnya, dia masih tidak mengalihkan keretanya," kata Melvin Cheong, salah seorang anggota RELA yang kena pukul.

"Dia (pengawal peribadi) kata nak tunggu boss. Mungkin kerana kami tinggikan suara, "Datuk Seri" itu rasa tak senang. Dia marah kami kerana naikkan suara bercakap dengan orang lebih tua. Dia kemudian menampar saya,"

"Seorang rakan RELA saya datang dan Datuk Seri itu menyuruh dia mengajar saya. Katanya kalau dia tak nak buat begitu, dia sendiri akan buat lalu terus memukulnya,"

"Apabila seorang lagi anggota RELA datang, 'Datuk Seri' itu memberitahunya jangan hanya tercegat, dan kemudian menendang rusuknya," katanya.


Identiti "Datuk Seri" itu sudah dikenal pasti

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ASP Fadzil Ahmad dilaporkan memberitahu bahawa Datuk Seri itu berumur 29 tahun.

Beliau meminta lelaki berkenaan untuk menyerah diri. Tambahnya lagi kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan — Menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan — Sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan kaedah atau senjata berbahaya.


Giant dedah punca 5 rangkaian pasarayanya ditutup serentak



PEMILIK Rangkaian Pasaraya Giant, GCH Retail Malaysia memutuskan untuk menamatkan operasinya di 5 kawasan iaitu Seri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama selepas tempoh perjanjian pajakan premisnya tamat lapor The Malaysian Insight (TMI).

Laporan itu secara tidak langsung mengesahkan tulisan dalam artikel di MiLo SuaM sebelum ini.

Namun jurucakap syarikat terbabit, dilaporkan enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung. Jurucakap itu juga tidak mahu mengulas berhubung nasib pekerja-pekerja di lima premis tersebut.



Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi kelembapan jualan pada suku kedua tahun ini berbanding 3 bulan pertama tahun 2017 lapor TMI.

Walaupun jualan runcit berkembang pada kadar 4.9 peratus dari bulan April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk jualan dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2 peratus tahun ke tahun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara yang dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya.

Kelemahan dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Subsektor Pasaraya dan Hypermarket menunjukkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam keadaan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku pertama tahun 2017 — paling teruk di kalangan subsektor runcit lapor TMI lagi.

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 telah menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi.

Baca lanjut — The Malaysian Insight

Wednesday, December 27, 2017

Annuar: Saya dulu 'orang Mahathir' tapi pilih sokong Najib sebab..




KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau sebelum ini merupakan 'orang Mahathir' ekoran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu banyak berjasa kepadanya ketika berada di dalam kabinet dan menerajui parti.

Namun Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memilih untuk menyokong Datuk Seri Najib Razak, kerana Presiden Umno itu mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin dan sikap yang menyenangkan. 

Ujarnya, Najib sangat istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara. 

"Kalau dikira ikut istilah politik memanglah saya orang Mahathir lah, saya akui.

"Jasa dan budi Mahathir ini pada saya begitu besarlah, saya budak kampung biasa saja dan ahli keluarga saya tak ada yang terlibat dengan politik, saya hanya pemimpin pelajar tetapi dengan takdir Allah, (dan) Tun Mahathir bagi peluang saya jadi menteri.

"Tapi itu soal jasa, tapi dalam politik ini soal jasa harus kita kenang tetapi ada perkara-perkara lain yang lebih besar lebih penting.

"Jadi saya tengok Najib ini sabar dan saya duduk sepuluh tahun bekerja dengan dia dalam kabinet, dia sangat bijak, berkualiti bagus, gentelman dan satunya Najib ini sangat pandai berkawan," kata Annuar.

Annuar berkata demikian dalam program Santai "Anda Tanya Saya Jawab..." bersama anak muda yang berlangsung di bangunan utama Parlimen, hari ini.

Program yang dihadiri kira-kira 30 golongan belia itu menampilkan empat tetamu khas dari Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaya serta Universiti Malaysia Sabah.

Terdahulu Annuar dikemukakan soalan mengapa beliau menyokong Najib sedangkan beliau merupakan kepimpinan era bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menghuraikan lebih lanjut, Annuar langsung memberikan perbezaan antara kedua-dua pemimpin itu, yang mana ujarnya Najib dilihat mengutamakan perjuangan parti berbanding Dr Mahathir yang terkenal dengan sikapnya yang kuat 'merajuk'.

"Apa yang pentingnya saya sokong Najib, pertama kerana dia mempertahankan parti dan dia tidak melawan parti berbanding Mahathir kerana dia (Dr Mahathir) ada agenda peribadi, dia sanggup buat apa saja, sanggup tinggalkan parti, dia sanggup keluar dari parti.

"Nak tunjukkan dia merajuk dia tinggalkan parti. Jadi, kalau kita buat macam itu seperti sebuah kapal kalau kita bergaduh dan meninggalkan kapal siapa yang jaga kapal itu," ujarnya.

Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno pada Februari tahun lalu, yang mana ia adalah kali kedua selepas mengumumkan menarik diri dari Umno pertama kali pada 2008.

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama bekas pemimpim Umno, seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Ogos tahun lalu. 

Dalam pada itu, Annuar turut menyifatkan Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, seorang yang penyabar.

Annuar berkata kesabaran Najib itu jelas dan beliau mengambil contoh sewaktu pemerintahan Mahathir.

"Dalam Umno saya jadi ahli dulu tapi Mahathir kata bagi Anwar (Ibrahim) jadi ketua pemuda, Najib ikut walhal kalau Najib berkeras dan sokong Shuhaimi (Kamaruddin) pada waktu itu, Anwar Ibrahim tidak akan ada tempat dalam Umno.

"Tapi Najib bagi laluan dan begitulah seterusnya, dia tak pernah lawan sesiapa," ujar Annuar.

Tuesday, December 26, 2017

BR1M tidak akan diberi kepada Perokok


Menjelang Bajet 2018 esok, aktivis juga mahu harga rokok dinaikkan hingga RM50 sekotak.
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan yang giat melawan industri tembakau berkata golongan perokok perlu dikecualikan daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pertubuhan Tindakan Wanita Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan Malaysia berkata ia kerana perokok perlu mula memberi keutamaan kepada perkara asas.
“Jika miskin tidak mampu beli ikan dengan harga RM10.00 sekilogram untuk ahli keluarga, kenapa boleh membazir beli rokok yang tidak membawa apa-apa kebaikan,” kata presidennya, Datuk Hatijah Ayob, kepada FMT.
Buat masa ini, harga rokok paling tinggi yang dijual adalah RM17 sepaket, dan terdapat ura-ura harga rokok akan dinaikkan pada pembentangan Bajet 2018 esok.
Pada Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M akan diperluaskan kepada 7 juta orang dengan peruntukan RM6.8 bilion ringgit.
Bantuan tunai RM1,200 diberikan kepada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, RM900 untuk isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, dan RM450 kepada golongan bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.
Hatijah turut menyokong sebarang cadangan menaikkan harga rokok, dan berkata ia boleh menghalang kanak-kanak, remaja dan golongan miskin tegar daripada membelinya.
“Golongan ini mudah untuk menjadi penagih terhadap nikotin jika ia dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.
“Dari rokok, para remaja dan belia akan mula ingin mengambil dadah, hingga menyebabkan berlaku masalah sosial seperti masalah disiplin, seks rambang dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan harga rokok dinaikkan sehingga RM50 ringgit sekotak dalam Bajet 2018, sekaligus menjadikan ia barangan mahal dan tidak mampu dibeli remaja dan belia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Jun lalu berkata, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15% menjelang 2025 dan kepada kurang 5% pada 2045, sejajar dengan usaha menjadikan negara bebas asap rokok.
sumber FMT

Monday, December 25, 2017

Bangsa Johor buat aksi fast and furious lari Dari polis


POLIS Seri Alam menahan enam remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun susulan tindakan mereka memandu kereta dalam keadaan berbahaya bagi mengelak ditahan polis di Pasir Gudang, Johor, semalam.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, semua remaja lelaki yang menaiki sebuah kereta itu berjaya ditahan selepas kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar pokok di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian berlaku apabila dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cuba menahan kereta suspek yang dilihat mencurigakan.

Beliau berkata, pemandu kereta itu bagaimanapun memecut lari dengan memandu secara melulu.

“Sebaik tiba di Jalan Gangsa 1, kereta itu melanggar sebuah motosikal dinaiki dua individu menyebabkan salah seorang mangsa cedera ringan.

"Bagaimanapun kereta suspek masih tidak berhenti dan terus dikejar polis," katanya.

Dia berkata kereta itu kemudian terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan sebelum enam remaja diberkas.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian berpunca pemandu kereta yang tidak mempunyai lesen memandu.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan merbahaya.

Gambar penahanan semua suspek turut menjadi tular di media sosial selepas kejadian.

“Saya Juga Jadi Mangsa Buli Siber Oleh Netizen” – Rosmah Membuat Luahan Perasaan


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata beliau juga menjadi mangsa berita palsu dan buli siber.
Dalam ucapannya pada seminar “Selamatkan Kami Wanita dan Kanak-kanak #CyberSafe” hari ini, beliau menggesa orang ramai supaya tidak tertipu oleh akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.
“Saya tidak tahu bagaimana menggunakan Internet … Jika anda melihat laman Facebook ‘saya’, ia sebenarnya bukanlah milik saya.
“Saya tidak tahu siapa yang mempunyai banyak masa untuk membuat akaun Facebook untuk saya.
“Saya tidak mempunyai Facebook, jadi jangan tertipu … Itu bukanlah saya, kamu semua telah ditipu,”katanya, menceritakan pengalaman peribadi beliau mengenai pengaruh berita palsu dan buli siber (cyberbullying).
Rosmah menegaskan bahawa masyarakat tidak sepatutnya mempercayai “kenyataan lucu” yang didakwa diperkatakan olehnya di Internet.
Mengenai pembulian siber, Rosmah memceritakan bahawa seseorang pernah meminta pendapatnya tentang bagaimana beliau dapat kekal tenang walaupun semua berita palsu itu tersebar setiap hari.
“Saya tidak memiliki telefon pintar, saya masih menggunakan telefon lama yang ‘antik’ berjenama Samsung.
“Pada saya, ini adalah kebahagiaan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi canggih.
“Saya fikir ia adalah satu rahmat tersembunyi kerana semua cerita palsu tentang saya … Saya tidak tahu-menahu. Oleh itu, saya tidak emosional atau berasa tertekan tentangnya,” katanya.
Seminar jenayah hari ini dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.

Peguam pening, ratusan aduan terhadap AGR tapi Yusuf Azmi kena dakwa



RATUSAN laporan polis dibuat terhadap AGR Auto Trade Holding Berhad, yang dikatakan telah menipu dan menindas ratusan pemilik kenderaan.

Namun tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap Datuk Kabi, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, sebaliknya Yusuf Azmi pula yang ditahan dan didakwa di mahkamah.

Itulah persoalan yang berulang kali ditimbulkan oleh pelbagai pihak kepadanya kata Dato' Hishamuddin Hashim, Pengerusi Biro Undang-undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

peguam pening

"Saya dihujani oleh lebih kurang 50, 60 soalan, call (hubungi) saya, tanya kat saya, kenapa datuk Kabi, AGR Auto Trade yang telah ada aduan lebih daripada 100 aduan, kita tak nampak ada satu pertuduhan terhadap dia," katanya.

Sebaliknya Yusuf Azmi yang datang untuk menolong atas permintaan dan aduan dari mangsa pula yang didakwa di mahkamah, atas tuduhan menceroboh.

Menurut Hishamuddin lagi, Yusuf Azmi datang untuk membantu mangsa yang ditindas dan tiada niat menceroboh, tambahan pula mangsa telah membuat laporan polis sebelum itu namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Apa yang Yusuf Azmi buat ialah mengambil usaha, untuk tolong mangsa yang ada, dan dia tidak berniat untuk menceroboh!" tegasnya.

"Kalau dia ada berniat nak menceroboh dah tentu dia buat diam-diam malam-malam. Ini dia panggil sahabat-sahabat rakan media datang, dan dengan kehadiran pihak polis," katanya.

Hishamuddin turut menyifatkan ia sebagai satu soalan yang sukar difahami dan memeningkan.

"Jadi saya tak faham, ini satu soalan yang saya pening," tambahnya.

Saturday, December 23, 2017

Kisah pendedahan kronologi sebenar “9 Dragons” oleh seorang ASP ternyata mengejutkkan yang ramai tak tahu ramai




Kisah pendedahan “9 Dragons” oleh seorang ASP…Pengakhirannya sangat menyayat hati…

ANTARA cerita paling panas minggu ini ialah pendedahan oleh PPIM tentang wujudnya sindiket yang digelar sebagai “9 Dragons” didakwa sangat berpengaruh sampai boleh mengawal Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pendedahan itu secara tak langsung menjelaskan kepada kita persoalan mengapa pusat-pusat judi haram, dan rumah-rumah pelacuran berselerak di seluruh negara tidak pernah dapat dihapuskan.
Apa sahaja namanya, 9 Dragon ke 10 Dragon mahupun beribu-ribu lemon Dragons, kisah yang didedahkan oleh PPIM berkisar tentang sindiket haram tertentu yang mengawal PDRM
Perkara ini jelas sekali serupa dengan dakwaan dalam kenyataan bersumpah oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) bernama Mior Fahim Bin Ahmad (K/P Polis No: G/13237) yang tersebar satu masa dahulu.
Anggota polis berkenaan telah mendedahkan secara panjang lebar dan terperinci dalam akuan bersumpahnya tentang bagaimana individu-individu tertentu yang terlibat dengan aktiviti judi haram di Johor telah menjadi “tangan ghaib” mengawal PDRM.
Beliau turut mendedahkan bagaimana pegawai-pegawai tinggi dalam pasukan PDRM telah dikuasai oleh sindiket tersebut. Sampaikan pegawai polis yang baru berpindah di Johor, akan ditemubual oleh wakil sindiket itu.
Pada penghujung kenyataan bersumpah itu, Mior Fahim meluahkan rasa amat tertekan apabila tindakannya di dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram telah menyebabkan dirinya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib polis.
Kisah pendedahan “9 Dragons” oleh seorang ASP…Pengakhirannya sangat menyayat hati…
Enam pegawai polis dan dua individu kongsi gelap telah menandatangani akuan bersumpah mendakwa pegawai-pegawai tinggi polis, sehingga Ketua Polis Negara mempunyai hubungan dengan sindiket dadah, judi haram, pelacuran, dan ahlong yang berpengkalan di Johor dan telah memperluaskan operasi mereka ke seluruh Malaysia.
Seorang lagi pegawai polis telah membuat laporan mendakwa keluarganya telah diculik oleh ACA bagi memaksanya menukar kenyataan, sementara ketua CCD dan peguamnya telah ditahan dan didakwa atas tuduhan-tuduhan jenayah sebagai hukuman kerana menangkap ketua kongsi gelap di bawah Ordinan Darurat.
Berikut ialah pengakuan bersumpah ASP Mior Fahim yang pernah viral bertahun dahulu:
Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya  berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1.    Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2.    Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3.    Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.
4.    Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.
5.    Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.  Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.  Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6.    Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.
7.    DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.
8.    Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.
9.    Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.
10.    Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya  berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.
11.    Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan.  Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.
12.    Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
13.    Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor.  Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14.    Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.
15.    Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.
16.    Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17.    Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan  sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.
18.    Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32  buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.
19.    Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-
(a)         SOH KING SIANG;
(b)         LIM CHIN CHAI; dan
(c)         LEE YOKE HAN.
20.    Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.
21.    Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.
22.    Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.
23.    Pada 30.03.2007,  saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-
(a)     CHAI NGEW;
(b)     CHIN YEW FAH; dan
(c)     TAN LEE POEY
24.    Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN.  Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.
25.    Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.
26.    Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian  Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik  saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR            )
SESUNGGUHNYA oleh  MIOR FAHIM BIN     )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur    )
pada                  haribulan                       2007        )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
Kisah pendedahan “9 Dragons” oleh seorang ASP…Pengakhirannya sangat menyayat hati…Saudara Mior Fahim ditemui mati dalam tahun 2014. Kematiannya dilaporkan selepas hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun Gerik.

Wednesday, December 20, 2017

Wanita tak puas hati kereta kena "clamp" kereta VIP tidak disentuh



SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hati berikutan layanan "double standard" dilakukan oleh penguatkuasa DBKL terhadap rakyat biasa sepertinya berbanding sebuah lagi kenderaan milik VIP.

Wanita itu mengirim gambar kereta miliknya yang telah diapit (clamped)  tayar hadapan oleh penguatkuasa akibat diletak di tempat yang tidak sepatutnya (illegal parking).


Beliau terima dengan rela hati hukuman dikenakan terhadapnya, namun terdapat sebuah lagi kereta diletak di depan kenderaannya lebih awal, langsung tidak disentuh.

"Kereta saya kena apit sebab salah parkir. Tak apa. Tapi kereta VIP berada di situ sebelum saya, juga diparkir secara salah, tidak disentuh?" Soal wanita itu menerusi laman Twitter.


Perkongsiannya itu menjadi viral dan menerima lebih 15,000 retweet semasa artikel ini ditulis.

Kereta yang dimaksudkan memakai logo (badge) VIP Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM Bukit Aman) — Ahli kehormat VIP.



Perkara itu turut mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Tan Sri Musa Hassan, logo tersebut bukanlah logo PDRM, sebaliknya logo Persatuan Pegawai Bersara Polis dan ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang telah menderma kepada persatuan tersebut.



Katanya lagi, beliau bukanlah ahli persatuan tersebut, dan logo berkenaan bukan untuk digunakan bagi melepaskan diri dari kesalahan trafik.

Walau apa pun penjelasan oleh bekas KPN itu, selepas hampir dua jam, kereta "that so called VIP" telah dipandu pergi tanpa dikenakan sebarang tindakan walaupun diletak secara haram (illegal parking).

Malah kereta-kereta lain di sekitar kawasan tersebut juga turut menerima hukuman, sebaliknya kereta milik VIP itu tetap tidak disentuh.



Apa lagi perkataan yang sesuai bagi menjelaskan tindakan terpilih penguatkuasa DBKL ini selain "double standard"



KDN Tidak Menafikan Wujud Sembilan Dragon Kawal Malaysia Seperti Didakwa PPIM



Tiada penafian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa wujudnya sembilan dragon yang menguasai penguatkuasa di negara ini bagi membolehkan aktiviti haram dijalankan.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak kerajaan tahu kewujudan pihak berkenaan dan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab.

“Kita tidak menafikan wujud­nya golongan yang menjalankan aktiviti berkenaan malah perkara ini sentiasa dipantau kerajaan.

“Namun, kerajaan berusaha mengawal kegiatan mereka supaya tidak keterlaluan sehingga merosakkan masyarakat,” tambahnya.

BACA: PPIM Dakwa Ada 9 'Dragon' Kawal Malaysia, Kaut Untung RM 5 Bilion Sebulan

Berdasarkan sumber yang melaporkan, kegiatan judi haram serta mengutip hasil sehingga RM5 bilion sebulan antara kegiatan sembilan dragon yang menguasai negara ini.

Disamping itu, sindiket itu juga didakwa turut merasuah pihak penguat kuasa serta mampu menukar sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam.

Nur Jazlan enggan mengulas lebih lanjut akan tetapi seperti mengiakan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Jururawat lelaki kantoi perkosa mayat


Jururawat lelaki kantoi perkosa mayat|Seorang duda yang masih berduka terkejut apabila melihat seorang jururawat lelaki melakukan hubungan seks dengan mayat isterinya, ketika dia melawatnya buat kali terakhir di hospital, lapor Mirror.

Jururawat, Grover Macuchapi, 27, dibelasah oleh duda berkenaan yang berang dengan perbuatannya itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Grover kini menghadapi pertuduhan melakukan perbuatannya yang tidak menghormati mayat dan lucah.

Ketua Polis Douglas Uzquiano berkata, insiden itu berlaku kira-kira sejam selepas pesakit itu (28 tahun) meninggal dunia di Hospital La Paz pada Isnin lalu dan dipindahkan ke bilik mayat.

“Saudara mara si mati pergi ke hospital untuk menglangsaikan bayaran perubatan yang diberikan semasa wanita itu masih hidup.

“Kemudian si suami pergi ke bilik mayat dan ternampak jururawat lelaki terbabit bersetubuh dengan mayat mendiang isterinya,” katanya.

“Ada sesuatu yang telah berlaku dan ianya seperti mimpi. Apa yang saya ingat selepas itu, saya terasakan dipukul dari belakang ketika suami kepada mendiang memukul saya,” katanya.

Sementara itu, pendakwa raya berkata, pihaknya tidak dapat mendakwa Macuchapi dengan Necrophilia (individu yang cenderung melakukan hubungan seks dengan mayat) kerana kesalahan itu tidak wujud di bawah undang-undang negara itu.

Menurut kenyataan si suami yang tidak dinamakan kepada media, “Saya nampak dia melakukan perbuatan itu dengan seluarnya dibuka dan saya terus memukulnya,” katanya.

Bagaimanapun, jururawat terbabit pula berkata dia tidak sedar akan kejadian itu kerana dia sedang berkhayal.

Cerita sebenar bangkit dari tidur isteri dah tergantung depan mata


Bangkit dari tidur isteri dah tergantung depan mata|Luluh berkecai hati seorang suami sebaik bangkit tidur, apabila mendapati isteri kesayangan terjerut longlai di tali buaian, dipercayai menggantung diri.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Kudei Baru di sini.

“Menurut suami mangsa, sejam sebelum itu, iaitu sekitar jam 5.35 pagi, dia telah sampai ke rumah dari tempat kerjanya dan mendapati isteri dan anak-anaknya sedang tidur nyenyak di dalam bilik tidur mereka.

“Dalam keadaan keletihan, si suami pun terlelap di bilik yang sama sebelum tersedar sekitar jam 6.30 pagi, apabila terdengar tangisan anak sulungnya.

“Dia kemudian mendapati mangsa telah tergantung pada tali buaian di dalam bilik tidur mereka.


Kata Abang Ahmad, suami mangsa kemudian menurunkan isteri dan cuba menyelamatkannya namun tiada tindak balas.

“Dengan menaiki kereta sendiri, suami mangsa berkejar ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak namun pihak hospital mengesahkan mangsa telah tidak bernyawa.

Pihak polis kata Abang Ahmad, kemudian dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Siasatan awal gagal menemui sebarang unsur jenayah manakala pemeriksaan fizikal pada mayat, menemui kesan kecederaan pada bahagian leher.

“Justeru itu, ketika ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Zamaliah Karim, 22 tahun,” katanya lagi.

'Dah luah perasaan, takkan peminat Shahir AF8 ?'



"BUKAN sekali dua kami keluar bersama tetapi kerap. Malah sepanjang sebulan perkenalan dia sering meluahkan perasaannya."

Itu penjelasan Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi yang didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Shahir AF8 seperti yang tular baru-baru ini.

Mimi berkata, dia kesal apabila juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu mendakwa dia hanyalah peminat atau penyokongnya dalam AF Megastar.

"Bukan mahu memburukkan namanya tetapi saya terasa hati apabila selama ini dia hanya anggap saya sebagai peminat. Hampir setiap hari saya habiskan masa dengannya dan berbalas mesej. Takkan itu dikatakan sebagai peminat? Sungguh tidak masuk akal.

"Sepanjang perkenalan, dia ada meluahkan rasa rindu dan sayang menerusi kiriman WhatsApp yang dihantar. Dia juga seoalah-olah memberi harapan kepada saya namun tidak sangka apabila isu ini tular dia cuba mengelak. Saya tidak rasa ada mana-mana artis melayan peminat mereka sedemikian.

"Lebih baik dia beritahu kami hanya berkawan. Apabila perkara ini menjadi bualan, orang luar menganggap saya gila glamor dan sengaja meburuk-burukkan Shahir,” kata Mimi.


Luahan perasaan Mimi terhadap Shahir FOTO Facebook Mona Syamimi

Mimi mengakui dirinya rasa dipermain dan dimalukan apabila Shahir mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kami kerap keluar makan dan menonton wayang. Malah dia akan menjemput saya di rumah. Kami juga sering berbual menerusi aplikasi Facetime.

"Mustahil dia anggap saya sebagai peminat. Saya harap dia betulkan kenyataannya kerana perkara ini menjejaskan kerjaya saya," katanya.

Mimi berkata, sejak isu terbabit tular Shahir ada menghubunginya beberapa kali namun dia belum bersedia untuk bercakap dengan penyanyi itu.


Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas Shahir menemui jalan buntu apabila dia tidak menjawab panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Terdahulu, gambar Mimi bersama Shahir tular di media sosial sehingga penyanyi terbabit menjelaskan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu sekadar peminatnya.